KEPENTINGAN BERSALASILAH DALAM AMALAN TARIQAT

Arifbillah as-Syeikh Muhammad Amin al-Kurdi berkata :
"Maka barangsiapa tidak berhubung salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W maka terputuslah berkatnya dan tidak mendapat waris Nabi S.A.W." – Kitab Tanwirul Qulub.
.
Begitu juga kata as-Syeikh Abdul Wahab as-Sya’rani : Ketahui oleh mu hai tholib yang berkehendakkan rahmat Allah , barangsiapa yang tidak mengetahui akan bapanya dan datok neneknya ( yakni salasilah ) di dalam tariqat maka dialah tersangat buta dan terkadang dibangsakan ia kepada yang bukan bapanya ( dari salasilah lain ) – Kitab Jami’ul usul fil awliya’.
.
Syeikh Ahmad al-Kamashkhanawi rahmatullah juga menyebutkan dalam kitab yang sama yaitu “ Barangsiapa yang tidak sah baginya keturunan kaum ( salasilah tariqat ) maka dianya anak buangan didalam amalan tariqat, tidak ada bapa baginya dan tidak harus baginya duduk jadi ketua majlis ( yang dibuat Guru ) dan tidak harus juga baginya bersama-sama menunjuki murid ( mengajar ) kepada kebenaran melainkan sudah mengambil ia akan adab tariqat daripada seorang Guru yang mursyid ( yang sahih salasilah tariqatnya hingga kepada hadrat Nabi S.A.W ). Syarat untuk mengenal Allah itu mesti dengan wasitoh dan Guru itulah sebagai pemandu yang membimbing muridnya kerana beliau terlebih dahulu sampai ke tempat tujuan.
.
Syeikh Ibrahim ad-Dasuqi berkata , “ Memilih seorang Syeikh dalam perjalanan tariqat itu wajib hukumnya bagi tiap-tiap murid meskipun murid tariqat itu seorang alim besar sekalipun “.
.
1. Al-Qusyayri dalam Kitabnya al-Risalah al-Qusyaysiyyah: Kemudian wajiblah ke atas seseorang murid supaya dia didik oleh Syeikh.Ssekiranya dia tidak ada Guru ( yang memimpinnya ); selama-lamanya dia tidak akan berjaya ( dalam perjalanannya menuju Allah )
.
2. Abi Yazid Al-Bistami pula mengatakan : Sesiapa yang tidak ada Guru , maka pembimbingnya adalah syaitan.
.
3. Abu Ali al-Daqqaq mengungkapnya pula : …apabila seseorang murid itu tidak ada Guru yang akan membimbing perjalanan nafas demi nafas ( maqam demi maqam ), maka dia akan menjadi hamba kepada nafsunya, yang dia tidak mungkin berjaya ( melepaskan diri daripadanya ).
.
4. Imam Al-Ghazali didalam Ihya ulum al-Din mengungkap pandangan beliau : Maka demikianlah seorang murid itu memerlukan seorang Syeikh dan Guru yang semestinya diikuti untuk dia mendapat panduan kea rah jalan yang betul.Sesungguhnya jalan agama itu cukup sukar sekali, sedangkan jalan-jalan syaitan amat banyak pula.Oleh itu barangsiapa yang tidak ada Syeikh yang menunjuk arah kepadanya, maka syaitan akan memandu kearah jalannya ( jalan syaitan).
.
5. Menurut Imam Ghazali lagi : ……tetapi untuk mendapatkan Syeikh ( Guru ) yang seperti itu ( yang tulen ) amatlah sukar, lebih-lebih lagi pada zaman ini.Ramai yang mengaku diri mereka sebagai Syeikh Mursyid , sedangkan mereka pada hakikatnya mengajak manusia kearah kelalaian dan kekosongan semata-mata malah kebanyakan golongan muhildin itu pun mengaku sebagai Syeikh Mursyid juga sedang tindak tanduk mereka terang-teranganbertentangan dengan agama.
.
6. Katanya lagi ( al-Ghazali ): Jika kamu melihat seorang manusia terbang di udara dan berjalan di atas air, sedangkan dia melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak, maka hendaklah kamu ketahui bahawa sesungguhnya itu adalah syaitan.
.
GURU itu sentiasa melimpahkan doanya pada murid sepertimana Nabi melimpahkan doa Baginda pada umat ; begitu juga Allah Ta’ala melimpahkan rahmat pada hamba-hambaNya.

Postingan populer dari blog ini

KUNCI RAHASIA KUN FAYAKUN

NAFAS LAM JALALAH

MAKNA RAHASIA ALIF