SINAR CAHAYA REMBULAN

Dengan membinasakan yang ujud menjadikan yang wujud hanya Dia. Dengan melenyapkan yang zahir menjadikan yang terzahir hanya satu dalam keesaan Dia.
Dengan mematikan yang hidup menjadikan yang hidup kekal dalam kebaqaan Dia.
Untuk mengenal Dia dengan cara ini perlulah melihat kepada sifat-sifat kebesaran Allah. Wahdaniah, Qadim, Baqa, Mukhalafatu lilhawadis dan Qiamuhu bi nafsihi, hanya Allah yang mempunyai sifat keagungan ini, manusia sedikitpun tidak dapat menghidunya.
Tetapi dengan sifat-sifat keagungan Allah, Dia dapat dililhat dengan Nyata dan Terang, bagaimanpun untuk sampai kepada pemahamannya yang sebenar perlukan petunjuk yang sangat halus dan seni daripada mereka yang mengetahuinya, kerana ditakuti nanti ada pula yang bertuhankan diri sendiri atau mengaku diri sebagai tuhan seperti Firaun di zaman dahulu .
nauzubillah min zalik.
Bagaimanapun apabila sifat-sifat keagunganNya itu dianugerahkan kepada salik, jadi apakah yang tinggal kepadanya?
Maka yang tinggal itu bukanlah aku dan bukanlah dia, tapi Dia, iaitu sifat-sifat kebesarannya juga yang tidak lain daripada Dia juga. Semua telah sirna dengan pancaran Cahaya yang Gilang Gemilang, semua yang ada sekarang adalah ujud, wujud dan maujudnya. Maka tidak perlu lagi dalil dan perumpamaan kerana semua itu telah terang dan nyata, telah terang lagi menyuluh.

Postingan populer dari blog ini

KUNCI RAHASIA KUN FAYAKUN

NAFAS LAM JALALAH

MAKNA RAHASIA ALIF